بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah! Ya Munzilar Rahmah! Wa Ya Fatihal Barakah!
Segala pujian dan kesyukuran hanya buat Mu Tuhan Yang Maha Melimpah Ruah Kerahmatan dan Keberkatan-Nya. Kami panjatkan rasa kesyukuran kepada Mu kerana dengan inayah dan rahmat Mu dapat kami menyempurnakan peresmian kurisan baru di SMK PANCASILA 1 KUTOARJO pada hari ini. Kami pohonkan agar majlis ini senantiasa diiringi lembayung rahmat dan berkat dari Mu sehingga ke akhirnya.
Ya Allah! Ya Zal Jalali Wal Ikram!
Dengan terbinanya JURUSAN baru ini, bantulah kami bagi mencapai hasrat yang tersirat dalam visi dan misi sekolah ini demi mencapai objektif yang kami ingini selaras dengan usaha kami mencapai matlamat membangun modal insan dan membina negara bangsa.
Kurniakanlah kepada kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya. Dorongkanlah hati kami serta seluruh warga sekolah ini rasa kesungguhan, komitmen dan iltizam yang tinggi untuk membangun, membina serta mendidik dan memartabat anak bangsa yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara seterusnya menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah semata-mata mengharapkan rahmat dan keredhaanMu.
Ya Allah! Ya Rahman! Ya Rahim!
Kurniakanlah kepada kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang tinggi, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal arti putus asa dalam memikul tanggungjawab ini dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan fikiran demi meningkatkan kualitas pendidikan pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di dalam dunia pendidikan umumnya.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ